ok. birthday saya dah lepas. 1 Jun sangat ramai wish. dan dapat gift lagi *itu pun nak cakap kan.ala sume org dapat.kecoh plak* eh. suke ati la. ;P 4 jun ada lagi. so interesting ok.
terima kasih berjuta lemon buat ASIAH & ASYIKIN kerna sudi makan sama di restoran yg x berapa ramai orang tp dilayan mcm princess. wakaka.
juga terima kasih kepada semua yang mendoakan. doa yang sama utk anda semua ^^
6 Jun bekwoh kat rumah saya. oh. bekwoh tu kenduri. sebulan sblm saya sangat busy buat preparation sampai la hari kawin. eh tak. sampai hari ni pun. *sbb kena kemas rumah plak.basuh membasuh* 10 Jun nanti ke rumah pihak lelaki plak. *org panggil hantar menantu* baca leklok ye. bukan hantar hantu.
eh. kejap. sapa yg kawin. saya ke? oh. bukan. konfem2 bukan. saya punya tak nampak tarikhnya lagi. ekekeke. kakak saya yang kawin tapi saya yg byk buat preparation kat rumah. wah. dah boleh kawin ke? ngahaha.
penat der.*ni sume cousin saya dari johor punye slang sampai saya terikut* oh.hoo. lepas majlis. tido tak ingat dunia. eh. tak. ingat lagi. bangun jugak semayang subuh. photonya? sila tengok bawah. babai *der* \(^_^\)
"Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia..." [Al-Baqarah 185]
Saya pasti rakan2 Imtiaz sudah lebih dari khatam dan hafal ayat ini kan? Bagus.
Apa khabar semua? Luar biasa bagus tak? atau rasa hebat sekali? Baguslah kalau ada rasa begitu. Kredit to Dr.HM Tuah. Your motivation inspired me.
Bercakap mengenai Ramadhan kan, saya nak borak sikit pasal apa sebenarnya yang kita kena buat dalam bulan ni. Apa yang saya fikir, kalau setakat puasa dan solat saja, bulan lain pun boleh buat kan? Anda rasa? By the way, sekarang saya di kampung, cuti ^^ Ok, saya teruskan.
#1. Berpuasa. Eeh, mestilah kena puasa. Rosniah ni. Kan bulan puasa. Ye, tapi anda rasa ada tak yang tak puasa? Pasti ada kan? (yang kes perempuan, tolak tepi :P ) Sabda Rasulullah, "Setiap amalan anak Adam itu digandakan pahalanya, 1 kebaikan seumpama 10, hingga 700 kali ganda. Bahawa Allah berfirman: Kecuali puasa, sesungguhnya ia adalah untuk Aku dan Akulah yg akan memberi ganjarannya". [HR Muslim]
#2. Ramadhan & membaca al-Quran. Menurut kisah yang saya baca, Imam asy-Syafie akan mengkhatamkan al-Quran sebanyak 60 kali dlm bulan Ramadhan dan beliau membacanya du luar solat. Erk, kita macam mana pula ye? Saya dah punya matlamat utk saya cuba capai. InsyaAllah.
-->
#3. Qiyamullail. Bukan taknak ajak orang, saya sendiri pun susah nak bangun malam. Tapi inilah jihad #2 slps jihad #1 iaitu puasa di siang hari. Sapa yang dapat buat dua2 ni dengan sabar, maka ganjarannya amat lah besar. Jom kita cuba kuatkan diri.
#4. Bersedekah. Sabda Rasulullah: "Takutlah api neraka walaupun dengan (bersedekah) sebelah tamar". [HR Bukhari]. Maksudnya apa? Maksudnya sedekahlah ikut kemampuan kita walaupun terlalu sedikit, sebab Rasulullah sangat suka orang yg bersedekah dan ganjarannya juga berlipat kali ganda. Nak ke taknak? Mestilah nak kan. Sapa taknak pahala. Tapi sedekah bukan sekadar memberi duit, tapi blh juga dgn cara memberi makan, atau bagi org mknn utk buka puasa.
#5. Menjaga lidah, mengurangkan kata dan menjauhi sifat dusta. Susah ni, memang susah bagi orang yang mulutnya mmg begitu. Tapi cuba lah. Kata usaha tangga kejayaan, bkn stakat belajar saja. Nak jauhkan diri dari mengata orang pun kena usaha. Sama2 lah kita cuba ye, kawan2, teman2, sahabat2, adik2, kakak2, abang2 ye.
Lagi apa ye? Lagi boleh doa, zikir dan istighfar. Jadi, amacam? Bukan setakat puasa dan solat saja kan. Jomlah kita sama2 lakukan. Saya seorang diri pun tak kuat. Kena buat sama2, baru syok. Kan? Sama2lah kita doa, supaya diberi kekuatan dan hidayah semoga Ramadhan kita kali ini lebih baik dari yang lepas. ^^
--> -->
Semalam,
Kan tajuk saya "journey from Rejab to Ramadhan" kan. Tapi saya cakap pasal Ramadhan je. Jom kita reverse balik cerita journey saya. Hehehe ^^
Ok. Awal sem biasalah. Kelam kabut sikit. Macam pening, macam excited, macam malas, macam x suka. Eeh, jangan begitu. Tapi hakikatnya begitu. Apa2 jelah. Jadual kelas asyik bertukar masa dan subjek pun makin susah. Nasibla badan. Pulak punya la banyak presentation. Setiap minggu. Dah jadi macam student ajar lecturer plak.
-->
Tengah2 sibuk dengan kuliyah, saya alhamdulillah berkesempatan untuk ke gathering - Reunion Imtiaz SPM batch 2005 di Gombak (rumah Raihanah). Seorang diri saya ke sana kerna ke'degil'an e'ah utk join sama. Aii~ Seronok sebenarnya. Hampir 5 tahun tidak ketemu. Rindu pada teman2. Sesi paling best, tazkirah dari setiap teman yang hadir. Paling tak tahan, saya mengarut. Saya klu spontan, mmg x boleh belah. Saya hentam je, paling kurang ada la jugak peringatan. Apa yg saya ckp? Haha~ Mestilah pasal apa yg saya belajar. Jaga alam sekitar la kawan. Kawan2 lain sume cakap psl jaga al-Quran yg kami 'pegang' sbgi 'petunjuk' hidup dan jaga tingkah laku. BAGUS! TAHNIAH SEMUA. ANTUM/ANTUNNA SEMUA TEMAN2 YANG HEBAT. Paling best dan sampai saya terlopong ternganga, bila dengar tazkirah dari Shafiq. Betul2 meransang otakku supaya berfikir dan berfikir. TERIMA KASIH SEMUA! ^^
Selesai program saya pulang ke Rawang. Jumpa Syamil. Syamil yang comel. Rindu nya!!
3 hari bercuti sempena Isra' Mi'raj, 2 hari saya ber'kampung' di library. Saja mencari pasal di sana :p dan sempat juga saya ke alor star dengan Anis dan Shamila. Cuma sekejap. Dan kami pegi makan bolognaise. My favorite! Time kasih Anis tolong bawak. ^^
A photo has been removed due to P&C. Sorry guys :)
-->
Uh? Ada lagi la. Banyak lagi nak cerita. Tapi entry ni dah terlalu panjang. Hek, apa kata kita sambung ke lain episod. Yok! Sampi ketemu. \(^_^)/
I am deep in gratitude I am a man who thinks he should be thankful for the love you bring to me... I am telling you I am no fool for I am the one who needs you too but most of all I am in love with you... ('-_-)...
Fuh, dapat gak cuti walaupun cuma 4 hari. Alhamdulillah. Di kampung sekarang, baru dapat nak update apa2 yang patut. iPod pun baru leh install banyak2 games~~ Woohoo!! Semuanya sebab kat hostel internet tahap nenek siput. Oppss!! sorry siput, x sengaja lak. Ahakz~~
Apa pun masa ni boleh nak rehat walaupun seketika. Februari sungguh memenatkan. Sebulan tidur lewat, setiap hujung minggu ada program, dan setiap minggu ada report, assignment, presentation, thesis, tutorial dan test. Sampai terlupa nak telefon mama kat kampung, huhu... Dan sampai 1 tahap, housemate kami kata, "Korang ni, aku balik kelas je, dok mengadap laptop ngan buku, aku bangun tido pun sama, dasat2" Wakakakaka... tak adalah 'dasat' mana pun, tapi 'dasat' la jugak, ahakz~
Well, thanks to March. Macam ada ruang sikit. Sekarang dah Mac, minggu depan ada lawatan ke incinerator dan landfill kalau tak silap saya. Field visit for report hazardous and solid waste. Dan nanti ada program bersama adik2 kampung di Perlis. Moga semua berjalan lancar. InsyaAllah.
"Kamu, bilakah hati ini mahu gembira seperti dahulu?. ~Jangan dekat atau jangan datang kepadaku lagi. Aku makin terseksa kerana tak memilikimu. Tuhan, maafkan diri ini, yang tak pernah bisa menjauh dari angan tentangnya. Namun, apalah daya diri ini, bila ternyata, sesungguhnya, aku terlalu cinta dia...~ Ahakz, macam lagu Rossa pun ada. Tapi, memang pun, ahakz~~ Tuhan, jauhkan aku dari dia, jika itu kehendaknya"
The end. Wakakakaka~ Short note to you my readers: Life is too short to wake up in the morning with regrets. So, LOVE the people who treat you right, forget about the ones who don'tand believe that everything happens for a reason. If you get a chance, take it. If it changes your life, let it. Nobody said that it would be easy, they just promised it would be worth it. See you next time. InsyaAllah.
Yes, I've made a new title for my post. Flumpool!! My newest addiction. It's totally rocking!! ^_^ It is quite surprising how they became one of my favorite bands in such a short time with their few currently released songs!
I recommend Hana ni Nare and Over the Rain (a.k.a Bloody Monday theme song), but all their songs (so far) are good :) Anyway, so I was searching around on the net and I found Flumpool's videos that makes me feel, "Oh, so this is Flumpool." :p flumpoollove~
And now,to all Muslims,Happy New Hijrah Year, for tomorrow is 1 Muharam 1430H. Hoping will have a blessed life ever after. Mahu jadi seorang yang BERGUNA. A useful person, to me myself, to my beloved and to all. Allah bantulah
Salam, salam kasih, salam ukhuwah, salam perjuangan dan salam untuk segala kehidupan.
"Bertolong bantulah kamu berbuat kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu bertolong-tolong membuat dosa dan aniaya..." (Q.S. Al-Maidah:2)
Agak terlewat saya ("henshin" dari aku ke saya ^_^) ingin bercerita mengenai program yang saya sertai baru-baru ini. Namun ada peluang ni, janganlah dilepaskan. 20hb Disember baru-baru ni, RMK menganjurkan Program Ikatan Mahasiswa Antara Universiti a.k.a PRIMA-U di hometown saya. Motif utamanya untuk membentuk ukhuwah antara mahasiswa/wi yang berasal dari Mukim Kutan sendiri. Awalnya, gelisah saya memikirkan, "mau ke diaorang datang ke program ni? Kena bangun awal2 pagi hanya untuk kenal-kenalan?.." Tapi ternyata kehadiran mereka hari tu mengubah persepsi negatif saya. Syukur alhamdulillah.
Bak kata saudara Baem sebagai pengerusi majlis, kerana itu Allah berfirman di dalam surah as-sof berkenaan pentingnya ukhwah dan sikap mengambil berat antara satu sama lain, firman-Nya : "inna Allah-ha yuhibbu l-laziina yuqootiluuna fii sabiilihi soffan kaanahum bunyaanun marsuus" maksudnya : Sesungguhnya Allah mengasihi orang2 yang berjihad untuk membela agama-Nya, dalam barisan yang teratur rapi,seolah- olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh" Jihad ini banyak skopnya dan salah satunya ialah membantu menghidupkan program2 yg dianjurkan RMK ini. Tak gitu? Tapi saya tahu, di kampung, memang saya terikat dengan RMK, tapi saya juga punya tanggungjawab lain yang harus digalas, sama seperti kalian2 semua. Moga kalian2 yang menjadi teman saya sekarang dan bakal, kita dapat saling bantu membantu untuk kehidupan bersama.
Oopss.. hoho~ Tak lupa, program tu pun ada makan2. Yay!! Saat paling syok~ Hehe.. Makan dalam talam!! dan bakar ayam ^_^ Style BBQ in talam. Dan sebelah malamnya ada wacana perbahasan, Transformasi Politik Malaysia di Balai Islam Lundang. Dukacitanya muslimat2 RMK tak dapat join sama muslimin2 ke program tu. Tapi sempat juga saya menonton rakaman penuh wacana tu. Panel jemputan, Dato' Husam Musa, YB Khairy Jamaludin, Prof Aziz Bari dan moderator Prof Madya Dr. M. Agus.
Paling saya teruja, semasa sesi soal dari hadirin, seorang lelaki berbangsa Cina bangun bercakap, memperkenalkan dirinya sebagai Pengerusi Kelab Penyokong PAS. "Di Malaysia, UMNO memperjuangkan hak ketuanan orang Melayu, PAS pula memperjuangkan kehidupan Islam... Pernah seorang ahli UMNO membuat kenyataan bahawa orang Cina hidup menumpang di Malaysia. Tetapi kita semua tahu, menurut Islam, semua bangsa tak kira, Melayu, Cina, India atau apa2 bangsa sekalipun, semuanya menumpang di Bumi Allah Taala!! Apa komen anda??" Ajunya kepada YB Khairy Jamaludin.
Bagusnya pemikiran beliau melebihi orang Islam yang lahirnya sebagai Islam sendiri. Ya, sememangnya kita semua menumpang di Bumi Allah ini. Kerna suatu hari nanti, nyawa yang ada ini, akan ditarik semula oleh Sang Pencipta.
Moga hidayah Allah bersama beliau dan kita semua.
Ah, cuti saya pun dah nak habis, tapi cuti kali ini sangat berbaloi. Pertama kali rasanya dalam hidup selama 2 dekad ni, cutiku terisi sepenuhnya. Letih itu seronok. Moga apa yang saya tulis ni, dapat saya amalkan, dengan izin Allah. ^_^
Hari ni 10 Zulhijjah 1429H, hari pengorbanan dan keikhlasan . Dinamakan Eid(hari raya) kerana kaum muslimin pada hari itu telah selesai melaksanakan kewajipan menunaikan haji kerana taat kepada Allah SWT dan Rasul-Nya. Dan kerana hal itu terjadi berulang-ulang. Sehingga pula kebahagiaan menyambutnya.
Dari Abu Hurairah ra, "Hiasilah hari rayamu dengan takbir." Rasanya hari ini semua dari kalangan anda sudah pun selesai bertakbir di pagi2 raya yang sangat damai. Sayu hati aku bila bertakbir dan bertahmid di surau pagi tadi. Mendengar khutbah tentang pengorbanan yang sepatutnya kita lakukan, menusuk sanubari kecilku. Apa yang nak dikorbankan? Bukan hanya pada seekor lembu atau kambing. Korbankan nafsu untuk kebaikan, korbankan harta untuk sedekah, korbankan fikiran sekular yang terlalu keduniaan untuk akhirat yang kekal.
Hari ini tentu anda sendiri melihat lembu disembelih atau anda sendiri yang memegang lembu untuk sembelihan ^_^ Hari raya korban di Kelantan pun meriah juga. Moga diberkati dengan korban yang dilakukan. Kata Tok Guru, binatang yang dikorban akan jadi kenderaan ke syurga, lambat atau cepat, bergantung pula pada amal kita di dunia.
Masa kamu dah tiba wahai lembu.. ^o^
Huhu.. Inilah lembu yang dikorbankan.
Masa untuk melapah daging. Inilah suasana di kampungku ^_^
Inila hasilnya. Tangan sapa tu?
Indah langit kerana awan, indah laut kerana kebiruan, indah aildilfitri kerana puasa sebulan, indah aidiladha kerana pengorbanan. SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA DARI ELNIEA
Betapa sukarnya menyusun bicara Meluahkan rasa menuturkan sayang Kasih yang terlimpah hanya sekadar tingkah Cuma ungkapan kebisuan yang melindungkan kalimah rahsia Masih kaubiarkan waktu Melarikan lafaz kasihmu padaku
Apakah yang hilang andai dilisankan Bait penghargaan penuh kejujuran Tak mungkin terlihat cinta yang merona Jika hanya renungan mata yang bersuara Bukan tutur kata
Ada satu kisah ingin ku bawakan. Ada seorang manusia bernama A punya teman, B. Mereka sangat rapat, tapi hanya bila berada bersama. Bila berjauhan, A merasakan seperti B tidak pernah hadir dalam hidupnya. Boleh kata macam biskut chipsmore lah. Semuanya hanya kerana lafaz yang tersimpan. Waahh, bercerita pula aku.
Well I'm not kidding at all. One of the worst acts one can do is to hurt someone else's feelings. Hurting someone doesn't show power but in the contraty shows the beastly side of a person. Semua orang punya hak untuk hidup gembira dan jika kita lukakan mereka, kita seperti menarik hak dari mereka. Aku sendiri pernah berbuat begitu samada aku sedar atau tanpa aku sendiri sedar. Aku minta maaf untuk kesekian kalinya.
We should learn to value every individual our path of life intersects with, as we go through this journey of life only once. Every being is one of a kind and thus we should give them their due respect. If we took our parents, siblings, friends etc, for granted and never showed them how much we valued them then most probably they will fail to remember and pray for us.
Betapa perjalanan hidup ini sungguh pendek, kita perlu sentiasa ingat untuk menghargai semua orang dan semua benda yang berada di sekeliling kita dan melayan mereka dengan adil, kasih sayang dan belas kasihan. Abu Karima al-Miqdad ibn Ma'dikarib reported that the Prophet, may God bless him, said, "If a man loves his brother, he should tell him that he loves him." (Abu Daud and Tirmizhi)
This hadith not only stress the importance of acting in a loving manner towards others but also stress how we must make it apparent by orally telling them. Compassion, love and kindness are innate characteristics, when we acted upon will nourish and strengthen our souls.
I'm not only write here.. but I'm advising and lecturing myself as well. I wanna be a lightning bug, if I can. Of course impossible! but we can act, i can act as lightning bugs - to bring light into another person's life. I wish, hope and pray to be.
Tiada lagi ertinya pengucapan Andai akhir nafas di hujung helaan Sebelum mata rapat terpejam Usah biar kehilangan Menggantikan lafaz yang tersimpan
Aku menghadapkan mukaku kepada Tuhan pencipta langit dan bumi dengan berpegang pada agama yang lurus dan aku bukan daripada golongan orang-orang musyrik. Sesungguhnya solatku. ibadatku dan hidupku serta matiku adalah untuk Allah, Tuhan sekalian alam, tiada sekutu bagiNya dan untuk itu aku diperintahkan dan aku termasuk daripada golongan orang muslimin.
Ya Allah, Engkau adalah pemerintah, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau. Engkau Tuhanku dan aku hambaMu, aku telah menzalimi diriku dan mengakui kesalahanku, maka ampunilah semua kesalahanku. Sesungguhnya tiada yang boleh mengampuni kesalahanku selain Engkau.
Motivasi terunggul manusia adalah Allah, kalau bukan Allah tiadalah lagi
Dalam sabar terhadap sesuatu yang kamu benci terdapat banyak kebaikan
Ah, surat itu datang lagi. Surat yang memeningkan jiwa ragaku. Yang bakal menyusahkan aku dengan pelbagai proses sebelum aku dapat berasa lega. PLKN bagi aku hanya sesuai untuk lelaki. Thailand hanya memilih lelaki untuk latihan ketenteraan seperti PLKN itu. Bahkan Korea yang bukan negara Islam hanya memilih lelaki untuk latihan sebegitu. Mengapa tidak Malaysia? Mengapa perempuan seperti aku ini yang dipilihnya? Memilih secara rawak adalah tidak adil. Mengapa tidak mengambil semua yang seumur denganku? Banyak mana pun soalan aku, aku tau tak siapa yang akan menjawabnya.
2, 3 hari dalam minggu ini juga, perlbagai hal yang membuatkan otakku ligat berpusing, perutku memulas tension. Masalah pendaftaran subjek, membantu kohai ku mencari info untuk debate bahasa arab, dan bla,bla,bla... boleh kene NMH aku macam ni. Tau apa NMH? It's stand for neurally mediated hypotension. Istilah untuk mereka yang mengalami tekanan darah rendah. Aku bukanlah pelajar medical, tp ilmu itu luas. Aku perlu tahu itu.
Allah SWT berfirman:
Ketika Allah suka kepada seorang hamba, Dia mengujinya. Jika dia sabar, Dia hindarkan. Jika dia rela, Dia memilihnya.
Betul, mengeluh bukan penyudah masalah. Apa sudah aku terlupa? Kita dijadikan sebagai khalifah dunia. Yang perlu aku lakukan ialah menghadapinya. Bukan aku berputus asa, sekadar ingin meluah secebis rasa.
Mahmud al-Bahili mengatakan: Ingat, dunia itu fitnah bagi seseorang. Tiap saat dia pergi dan datang. Jika pergi sabarlah dan jika datang bersyukurlah.