Memaparkan catatan dengan label Muhasabah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Muhasabah. Papar semua catatan

Rabu, Mei 05, 2010

Dunia ini bukan milikku...bukan.


Terasa seperti diri disisih dan dipergunakan. Saya ini manusia ke patung? Konfem2 la saya ni manusia. Saya ada keluarga, saya ada sanak saudara, saya ada kawan2 kan? dan saya ada Allah.

Nasihat utk lelaki yg berkenaan shj: Jgn la anda mempermainkan hati seorang perempuan. Jika anda serius, sayangilah dia... selepas #1 Allah #2 Rasululllah dan #3Parent kamu. Mungkin anda menganggap ia nya sebagai hiburan hati, tapi pada masa yang sama anda meluka-luluhkan hati seorang hamba Allah. Saya bercakap bukan saja2, ini juga bukan rekaan semata-mata, ini betul2, klu bukan anda pun, nasihatla kawan anda. This heart and this soul are only for a deserving man not for a game!!

Terasa jiwa ini luluh, luruh bak daun berguguran di musim autumn. Chewah! pandai ;P Hati yang tidak tenteram itu penuh dengan dosa. Maka berdoa dan bertaubatlah. Ya, berdoa dan bertaubatlah setiap masa Rosniah.

Letakkan dunia itu di tangan bukan di hatimu. Maka hiduplah dengan aman sepanjang usiamu. Ini juga yang menjadi penawar jiwa saya. Leave that which makes you doubt for that which does not make you doubt. Maka Rosniah, tinggal kan lah apa yang kamu ragukan. Tak rugi apa pun. Konfem punya. Kan?

oh. jgn pelik dgn post ini sbb perasaan ini hanya singgahan di hati yang lara dengan nafsu dunia semata. bila nafsu bermaharajalela. maka insaflah. insaflah Rosniah. insaflah wahai semua umat manusia. Kawan2, komen anda? (!_!)

Siapa cinta kepada Allah, hiduplah dia. Siapa cenderung kepada dunia, hauslah dia. Orang bodoh di pagi dan petang selalu lalai. Tetapi orang berakal terus meneliti kecelaanya. Moga saya menjadi orang yg berakal sentiasa. Moga semua cacat cela saya diampunkan.

p/s: Nabilah, Fatimatufaridah, Solihah, Shamila, Anis Shafika, Azura, Asiah, Qairawani , Asyikin dan semua yang lain2, semua kawan2 dari kecik sampai ke besar, semua laki2 dan perempuan seadanya, semua-semua lah, SAYA RINDU ANDA!

Guna ShapeCollage x lawa. Malas nak edit sendiri. XD

Ingin saya ceria seperti dahulu, seperti zaman kanak ku, seperti zaman imtiaz ku, seperti zaman pasum ku, seperti zaman thn pertama unimap ku, ingin saya lebih CERIA mungkin seperti masa depanku yg lebih ceria! ^_^

Untuk komen, sila klik pada cebisan kertas yang ditampal dengan paku tekan di bhgn atas. Terima Kasih!

Ahad, Jun 21, 2009

Tentang Kita dan ...

Manusia -
"Amboi, letih-letih aku tanam, senang-senang je ko makan!"

Tuhan -
"Amboi, letih-letih aku tumbuhkan ia, senang-senang je ko amek jual!"

Sepatutnya begitu, tapi kita tahu, bahawa Allah tidak berkata begitu. Kerana kita tahu, Allah Maha Pengasih lagi Maha Pemurah.

Seandainya kalian menghitung nikmat Allah, tentu kalian tidak akan mampu" (An-Nahl: 18)

Jangankan menghitung nikmat, mengkategorikannya saja tidak mungkin sebab nikmat Allah tidak terbatas banyaknya. Jadi, mengapa harus kita bersifat kedekut seperti itu. Tidak ada faedahnya malah akan dipandang hina oleh orang pula. Inilah topik perbualan saya dengan mama sewaktu kami sama-sama membersihkan halaman rumah semalam.


Jika kadang-kadang saya mengadu pada mama, bahawa makanan saya di hostel habis dikebas teman-teman (hak3~~), itulah nasihat mama. Rezeki itu kurniaan Allah. Bersyukur kepada Allah merupakan salah satu ujian dari Allah. Manusia dikurniakan banyak kenikmatan dan diberitahu cara memanfaatkannya. Sebagai balasannya, manusia diharapkan untuk taat kepada Penciptanya.

Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dari setetes air mani yang bercampur. Kami hendak mengujinya dengan beban perintah dan larangan. Karena itu kami jadikan ia mendengar dan melihat. Sesungguhnya kami telah menunjukinya jalan yang lurus: Ada yang bersyukur, namun ada pula yang kafir. (Al-Insan: 2-3)

Menurut ayat tersebut, bersyukur atau tidaknya manusia adalah tanda jelas beriman atau kafirkah dia. Allah menciptakan manusia dalam bentuknya yang sempurna, memiliki pancaindera yang memungkinkan manusia untuk merasakan dunia di sekelilingnya, membimbingnya menuju jalan yang benar melalui Al-Qur'an dan Hadis. Sebaliknya, bersyukur hanya di saat menerima nikmat besar saja tidak akan bererti. Itulah sebabnya orang mukmin tidak pernah lupa untuk bersyukur kepada Allah. Moga kita semua tergolong di kalangan orang beriman, Ameen~

"Mama, orang dah siap. Nak snap gambar sat! Hehe~~" ^_^






p/s: Mama suka tanam BUNGA. Teringinlah ni, nak ikut jejak! :p
^_^

Ya Nabi salam alaika ya Rasul salam alaika ya Habib salam alaika ..solawatullahi alaika

Ahad, Mac 15, 2009

Tak Baik Double Standard...

Salam perjuangan, moga setiap perkataan dan niat hanya keranaNya.

Alhamdulillah, tamat juga program setakat hari ini. Letih dan penat tak terkata. Hari ini 23 Rabiul awal 1430H, bersamaan 20 mac 2009. Habis program, tidur sahaja kerja saya, penat seyh.. huhu~

Pada 12 & 13 Mac, a week ago, saya mengikuti rombongan lawatan ke Taiping dan Penang. Lawatan wajib untuk field visit subjek school, Solid and Hazardous Waste Management. Petang Khamis sampai di Taiping, tujuan asal nak ke Safari Night tapi tak kesampaian kerana hujan lebat menyebabkan kami terpesong ke Taiping Sentral sahaja.

Jumaat pagi ke incinerator Faber Medi-Serve Sdn Bhd. Kami dibentangkan dengan user training on Clinical Waste Management. "Creating next generation environments for wellness".. Ditunjukkan macam mana clinical waste di-dispose-kan, termasuklah, the parts of human body, yang terpotong atau terputus, huhu.. Itu pengalaman.. ahakz~ Jumaat petang pula ke landfill di Pulau Burung, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. Sesi ceramah untuk Solid Waste Management sangat 'best'. Anda boleh bayang sendiri hygiene di sanitary landfill macam mana..ahakz~
---------------------------------------------------------------------------------------
(x dpt upload gambar, internet wang ulu sangat ulu..huhu~~ next time i'll upload the trip pics~)

Pagi sabtu 14 Mac, saya ke Sek. Keb Panggau pula untuk program Khatan Perdana - Tok Mudim oh Tok Mudim, seliaan Nasrul, sahabat saya (Allah, tabahkanlah dia). Diberi tanggungjawab oleh sahabat saya, untuk menguruskan bahagian cenderahati, saya tabahkan hati juga ke sana. Layanan yang agak mengguris hati oleh beberapa orang crew hari itu, even saya sendiri crew tapi dilayan acuh tak acuh, membuatkan saya tawar hati untuk menyertai program sedemikian bersama mereka. Mujurlah ada, most of crews hari tu tak berfikiran seperti mereka. Agaknya macam tula bila seseorang punya pangkat yang lebih tinggi. Kita hanya beza rupa, tapi hakikatnya kita sama sahaja. Tak terhindar salah padaNya.

Bertaqwalah kamu kpd Allah di mana pun kamu berada, iringilah kesalahanmu dengan kebaikan nescaya ia dapat menghapuskannya dan pergauilah semua manusia dengan budi pekerti yang baik.

HR Tirmidzi.

Apapun program tersebut termasuk lawatan itu, still give me nothing much but lesson and experience of how people treat people surround. Euphoria?? I wish for that to come back. Allah, tabahkanlah!!

kimochi ga: exhausted



Ya Nabi salam alaika ya Rasul salam alaika ya Habib salam alaika ..solawatullahi alaika

Khamis, Disember 18, 2008

Kem Ibadah & Motivasi 2008

Moga semua perkataan dan niat hanya kerana-Nya..

Jika berjumpa kanak-kanak, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita. Ini kerana kanak-kanak belum banyak melakukan dosa daripada kita.
-Imam al-Ghazali.

Alhamdulillah, selamat sudah program bersama adik-adik di kampung. Program Kem Ibadah & MOtivasi anjuran Rakan Mahasiswa Mukim Kutan(RMK) dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Mukim Kutan(PKMK). Nak sediakan laporan ke? "Hehe.. tak payahlah kot." ^_^

Teruja juga sebab ini kali pertama program seumpama ini diadakan di kampung kami. RMK pun julung kali ditubuhkan. Boleh kata ini adalah langkah pertama RMK untuk terus maju ke hadapan. Untuk menyebarkan ilmu dan kepakaran (insyaAllah, semua yang dipinjamkan oleh Allah) kepada warga kampung sendiri selain berkhidmat di kampus masing-masing.

Sabda Rasulullah s.a.w: "Sesungguhnya orang berilmu (ulama) di bumi umpama bintang-bintang sebagai panduan di kala kegelapan daratan dan lautan." (Riwayat Ahmad).

Alhamdulillah, majoriti adik-adik yang join program ni ramai sudah tahu bersolat, basically and generally, bacaan2 dan perkara yang berkaitan. Seronok tengok kenakalan sorang2. Macam2 kerenah, nama dah kanak-kanak. "Kami anak soleh!!", laung kanak-kanak muslimin, diikuti kanak2 muslimat, "kami anak solehah!!". ^_^

"Ha, tu kakak rabbit comel dah datang..", kata adik Syadiqin. "Amboi2, sedap mulut mengata akak eeh", sampuk kakak yang ditujukan kata2 tu. Nasib baik letak perkataan comel kat belakang, kalau tak, memang nak kena. Hohoho~ \(^o^\)


Peserta muslimin dan fasilitator serta AJK


Peserta muslimat dan fasilitator serta AJK


LDK bersama adik-adik


LDK jugak, kan? Hehe...



LDK bersama adik-adik muslimat.


Amali solat


Masa untuk makan~


Wajah-wajah nakal dan comel~


Menurut Syed Ali Tantawi dalam Mauqifuna Min al-Hadarah al-Gharbiyyah: "Majoriti kaum Muslimin hari ini, disebabkan kecuaian dengan kewajipan agama, mereka berada di belakang umat-umat yang lain. Mereka menjadi hujah bagi musuh-musuh". Moga kita sentiasa dibawah rahmat dan redha Allah.

^_^


Ya Nabi salam alaika ya Rasul salam alaika ya Habib salam alaika ..solawatullahi alaika