Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, walillahilhamd.
Hari ni 10 Zulhijjah 1429H, hari pengorbanan dan keikhlasan . Dinamakan Eid(hari raya) kerana kaum muslimin pada hari itu telah selesai melaksanakan kewajipan menunaikan haji kerana taat kepada Allah SWT dan Rasul-Nya. Dan kerana hal itu terjadi berulang-ulang. Sehingga pula kebahagiaan menyambutnya.
Dari Abu Hurairah ra, "Hiasilah hari rayamu dengan takbir." Rasanya hari ini semua dari kalangan anda sudah pun selesai bertakbir di pagi2 raya yang sangat damai. Sayu hati aku bila bertakbir dan bertahmid di surau pagi tadi. Mendengar khutbah tentang pengorbanan yang sepatutnya kita lakukan, menusuk sanubari kecilku. Apa yang nak dikorbankan? Bukan hanya pada seekor lembu atau kambing. Korbankan nafsu untuk kebaikan, korbankan harta untuk sedekah, korbankan fikiran sekular yang terlalu keduniaan untuk akhirat yang kekal.
Hari ini tentu anda sendiri melihat lembu disembelih atau anda sendiri yang memegang lembu untuk sembelihan ^_^ Hari raya korban di Kelantan pun meriah juga. Moga diberkati dengan korban yang dilakukan. Kata Tok Guru, binatang yang dikorban akan jadi kenderaan ke syurga, lambat atau cepat, bergantung pula pada amal kita di dunia.
Masa kamu dah tiba wahai lembu.. ^o^
Huhu.. Inilah lembu yang dikorbankan.
Masa untuk melapah daging. Inilah suasana di kampungku ^_^
Inila hasilnya. Tangan sapa tu?
Indah langit kerana awan, indah laut kerana kebiruan, indah aildilfitri kerana puasa sebulan, indah aidiladha kerana pengorbanan.
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA DARI ELNIEA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan