Memaparkan catatan dengan label muslimlife. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label muslimlife. Papar semua catatan

Isnin, Disember 08, 2008

Pengorbanan & Keikhlasan

Semoga semua perkataan dan niat hanya keranaNya.

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, walillahilhamd.

Hari ni 10 Zulhijjah 1429H, hari pengorbanan dan keikhlasan . Dinamakan Eid(hari raya) kerana kaum muslimin pada hari itu telah selesai melaksanakan kewajipan menunaikan haji kerana taat kepada Allah SWT dan Rasul-Nya. Dan kerana hal itu terjadi berulang-ulang. Sehingga pula kebahagiaan menyambutnya.

Dari Abu Hurairah ra, "Hiasilah hari rayamu dengan takbir." Rasanya hari ini semua dari kalangan anda sudah pun selesai bertakbir di pagi2 raya yang sangat damai. Sayu hati aku bila bertakbir dan bertahmid di surau pagi tadi. Mendengar khutbah tentang pengorbanan yang sepatutnya kita lakukan, menusuk sanubari kecilku. Apa yang nak dikorbankan? Bukan hanya pada seekor lembu atau kambing. Korbankan nafsu untuk kebaikan, korbankan harta untuk sedekah, korbankan fikiran sekular yang terlalu keduniaan untuk akhirat yang kekal.

Hari ini tentu anda sendiri melihat lembu disembelih atau anda sendiri yang memegang lembu untuk sembelihan ^_^ Hari raya korban di Kelantan pun meriah juga. Moga diberkati dengan korban yang dilakukan. Kata Tok Guru, binatang yang dikorban akan jadi kenderaan ke syurga, lambat atau cepat, bergantung pula pada amal kita di dunia.


Masa kamu dah tiba wahai lembu.. ^o^


Huhu.. Inilah lembu yang dikorbankan.


Masa untuk melapah daging. Inilah suasana di kampungku ^_^


Inila hasilnya. Tangan sapa tu?

Indah langit kerana awan, indah laut kerana kebiruan, indah aildilfitri kerana puasa sebulan, indah aidiladha kerana pengorbanan.
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA DARI ELNIEA




Ya Nabi salam alaika ya Rasul salam alaika ya Habib salam alaika ..solawatullahi alaika

Khamis, Jun 26, 2008

Hidup I

Aku menghadapkan mukaku kepada Tuhan pencipta langit dan bumi dengan berpegang pada agama yang lurus dan aku bukan daripada golongan orang-orang musyrik. Sesungguhnya solatku. ibadatku dan hidupku serta matiku adalah untuk Allah, Tuhan sekalian alam, tiada sekutu bagiNya dan untuk itu aku diperintahkan dan aku termasuk daripada golongan orang muslimin.


Ya Allah, Engkau adalah pemerintah, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau. Engkau Tuhanku dan aku hambaMu, aku telah menzalimi diriku dan mengakui kesalahanku, maka ampunilah semua kesalahanku. Sesungguhnya tiada yang boleh mengampuni kesalahanku selain Engkau.

Motivasi terunggul manusia adalah Allah, kalau bukan Allah tiadalah lagi




Ya Nabi salam alaika ya Rasul salam alaika ya Habib salam alaika ..solawatullahi alaika

Rabu, Jun 18, 2008

Once upon a June

Rasulullah SAW bersabda:

Dalam sabar terhadap sesuatu yang kamu benci terdapat banyak kebaikan



Ah, surat itu datang lagi. Surat yang memeningkan jiwa ragaku. Yang bakal menyusahkan aku dengan pelbagai proses sebelum aku dapat berasa lega. PLKN bagi aku hanya sesuai untuk lelaki. Thailand hanya memilih lelaki untuk latihan ketenteraan seperti PLKN itu. Bahkan Korea yang bukan negara Islam hanya memilih lelaki untuk latihan sebegitu. Mengapa tidak Malaysia? Mengapa perempuan seperti aku ini yang dipilihnya? Memilih secara rawak adalah tidak adil. Mengapa tidak mengambil semua yang seumur denganku? Banyak mana pun soalan aku, aku tau tak siapa yang akan menjawabnya.


2, 3 hari dalam minggu ini juga, perlbagai hal yang membuatkan otakku ligat berpusing, perutku memulas tension. Masalah pendaftaran subjek, membantu kohai ku mencari info untuk debate bahasa arab, dan bla,bla,bla... boleh kene NMH aku macam ni. Tau apa NMH? It's stand for neurally mediated hypotension. Istilah untuk mereka yang mengalami tekanan darah rendah. Aku bukanlah pelajar medical, tp ilmu itu luas. Aku perlu tahu itu.


Allah SWT berfirman:

Ketika Allah suka kepada seorang hamba, Dia mengujinya. Jika dia sabar, Dia hindarkan. Jika dia rela, Dia memilihnya.



Betul, mengeluh bukan penyudah masalah. Apa sudah aku terlupa? Kita dijadikan sebagai khalifah dunia. Yang perlu aku lakukan ialah menghadapinya. Bukan aku berputus asa, sekadar ingin meluah secebis rasa.

Mahmud al-Bahili mengatakan:
Ingat, dunia itu fitnah bagi seseorang.
Tiap saat dia pergi dan datang.
Jika pergi sabarlah dan jika datang bersyukurlah.

p(^o^)q

Ya Nabi salam alaika ya Rasul salam alaika ya Habib salam alaika ..solawatullahi alaika

Khamis, Jun 12, 2008

Why differences?

Then He showed him what is wrong for him and what is right for him;
Ash-shams; 8

Moral sense is inborn in man and through the ages it has served as the common man's standard of moral behavior, approving certain qualities and disapproving others. On the side of moral virtues, justice, courage, bravery and truthfulness have always elicited praise. Fellow-feeling, compassion, fidelity, and magnanimity have always been valued while selfishness, cruelty, miserliness and bigotry have never received the approval of the human society; men have always appreciated perseverance, determination and courage and have never approved of impatience, fickle-mindedness, cowardice and imbecility.


This shows that human moral standards are in fact universal and have been well-known to mankind throughout the ages. Good and evil are not myths to be hunted out. They are well- known realities and are equally well-understood by all.


The questions that arises are: if the basic values of good and evil have been so well-known and there has virtually been a universal agreement thereon, then why do varying patterns of moral behavior exist in this world? Why are there so many and do conflicting moral philosophies? What lies at the root of their difference? These questions are important and must be squarely faced; but justice cannot be done to them on the brief span of this talk.


To cut a long story short, I shall briefly sum up some of those important points which strike us at the very outset when we undertake a critical examination of the contemporary ethical systems and the conflicting patterns of moral behavior.


(a) The present moral system fail to integrate various moral virtues and norms by prescribing their specific limits and utility and assigning to them their proper place. That is why they fail to provide a balanced and coherent plan of social conduct.


(b) On deeper reflection, we find that the grounds for these differences emerge from different peoples conflicting views and concepts about the universe, the place of man in the universe, 'and the purpose of man on the earth. What is the ultimate aim of man's creation which he should keep in view throughout his life? Answers to these questions will determine the way of life, the ethical philosophy and the pattern of moral behavior of the individual and the society.


It is difficult for me in this brief talk to take stock of the various ethical system prevalent in the world, indicate what solutions each one of them has proposed to these questions and what has been the impact of these answers on the moral evolution of the society believing in these concepts. Here I can confine myself to the Islamic concept only and this I shall try to propound.

Engkau selalu lupa sedang hatimu tetap lalai, padahal umur kian tiada. Namun dosamu semakin bertambah.

p(^o^)q






Ya Nabi salam alaika ya Rasul salam alaika ya Habib salam alaika ..solawatullahi alaika

Selasa, Jun 19, 2007

Kategori Pembaca Al-Quran

Kategori Pembaca Al-Quran dalam 24 jam adalah seperti berikut:

1. Muqatasin(Jutawan) 300-1000 ayat
2. Faizin (Berjaya) 200-299 ayat
3. Qanitin (Setia) 100-199 ayat
4. Hafizin (Pemelihara) 50-99 ayat
5. Zakirin (Ingat) 10-49 ayat
6. Ghafilin (Lalai/leka) 0-9 ayat

Jadi, di manakah kita berada? Fikirkan dan nilailah sendiri. Yang penting kita letakkan diri kita pada satu tahap dan berusaha serta berdoa untuk itu.

em, klu nk ckp sal manfaat yg minna leh dpt klo bc Quran neh, usah di ckp... bc sj mn2 ayat dr quran ni, semuanya ade mnfaat. Quran itu mu'jizat,kan.

Apa kata baca ayat 16-19 surah al-qiyamah ~ InsyaAllah, nk kuatkan ingatan pun blh jgk.

Ustaz kwn ana kata, cuba baca tiap2 hari 10 ayat pertama surah al-kahfi, insyaAllah, Allah permudahkan segala urusan.

Klu dalam solat hajat, mgkn sestgh minna normally bc surah al-kafirun dan al-ikhlas, mgkn skang minna leh cuba bc (tp mgkn kn hafal dl-nk igt n baca sng) ~ surah al-hadid, 3 ayat terakhir surah al-hasyr.

Sbnrnya seluruh isi ayat alQuran punya mukjizat. Jadi, bacala keseluruhannya.




Ya Nabi salam alaika ya Rasul salam alaika ya Habib salam alaika ..solawatullahi alaika