Moga setiap perkataan dan niat hanya kerana-Nya..
Salam, salam kasih, salam ukhuwah, salam perjuangan dan salam untuk segala kehidupan.
"Bertolong bantulah kamu berbuat kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu bertolong-tolong membuat dosa dan aniaya..."
(Q.S. Al-Maidah:2)
Agak terlewat saya ("henshin" dari aku ke saya ^_^) ingin bercerita mengenai program yang saya sertai baru-baru ini. Namun ada peluang ni, janganlah dilepaskan. 20hb Disember baru-baru ni, RMK menganjurkan Program Ikatan Mahasiswa Antara Universiti a.k.a PRIMA-U di hometown saya. Motif utamanya untuk membentuk ukhuwah antara mahasiswa/wi yang berasal dari Mukim Kutan sendiri. Awalnya, gelisah saya memikirkan, "mau ke diaorang datang ke program ni? Kena bangun awal2 pagi hanya untuk kenal-kenalan?.." Tapi ternyata kehadiran mereka hari tu mengubah persepsi negatif saya. Syukur alhamdulillah.
Bak kata saudara Baem sebagai pengerusi majlis, kerana itu Allah berfirman di dalam surah as-sof berkenaan pentingnya ukhwah dan sikap mengambil berat antara satu sama lain, firman-Nya : "inna Allah-ha yuhibbu l-laziina yuqootiluuna fii sabiilihi soffan kaanahum bunyaanun marsuus"
maksudnya : Sesungguhnya Allah mengasihi orang2 yang berjihad untuk membela agama-Nya, dalam barisan yang teratur rapi,seolah- olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh"
Jihad ini banyak skopnya dan salah satunya ialah membantu menghidupkan program2 yg dianjurkan RMK ini. Tak gitu? Tapi saya tahu, di kampung, memang saya terikat dengan RMK, tapi saya juga punya tanggungjawab lain yang harus digalas, sama seperti kalian2 semua. Moga kalian2 yang menjadi teman saya sekarang dan bakal, kita dapat saling bantu membantu untuk kehidupan bersama.
Oopss.. hoho~ Tak lupa, program tu pun ada makan2. Yay!! Saat paling syok~ Hehe.. Makan dalam talam!! dan bakar ayam ^_^ Style BBQ in talam. Dan sebelah malamnya ada wacana perbahasan, Transformasi Politik Malaysia di Balai Islam Lundang. Dukacitanya muslimat2 RMK tak dapat join sama muslimin2 ke program tu. Tapi sempat juga saya menonton rakaman penuh wacana tu. Panel jemputan, Dato' Husam Musa, YB Khairy Jamaludin, Prof Aziz Bari dan moderator Prof Madya Dr. M. Agus.
Paling saya teruja, semasa sesi soal dari hadirin, seorang lelaki berbangsa Cina bangun bercakap, memperkenalkan dirinya sebagai Pengerusi Kelab Penyokong PAS. "Di Malaysia, UMNO memperjuangkan hak ketuanan orang Melayu, PAS pula memperjuangkan kehidupan Islam... Pernah seorang ahli UMNO membuat kenyataan bahawa orang Cina hidup menumpang di Malaysia. Tetapi kita semua tahu, menurut Islam, semua bangsa tak kira, Melayu, Cina, India atau apa2 bangsa sekalipun, semuanya menumpang di Bumi Allah Taala!! Apa komen anda??" Ajunya kepada YB Khairy Jamaludin.
Bagusnya pemikiran beliau melebihi orang Islam yang lahirnya sebagai Islam sendiri. Ya, sememangnya kita semua menumpang di Bumi Allah ini. Kerna suatu hari nanti, nyawa yang ada ini, akan ditarik semula oleh Sang Pencipta.
Moga hidayah Allah bersama beliau dan kita semua.Ah, cuti saya pun dah nak habis, tapi cuti kali ini sangat berbaloi. Pertama kali rasanya dalam hidup selama 2 dekad ni, cutiku terisi sepenuhnya. Letih itu seronok. Moga apa yang saya tulis ni, dapat saya amalkan, dengan izin Allah. ^_^
Kimochi ga: optimistic
Tiada ulasan:
Catat Ulasan