Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, walillahilhamd.
Hari ni 10 Zulhijjah 1429H, hari pengorbanan dan keikhlasan

Dari Abu Hurairah ra, "Hiasilah hari rayamu dengan takbir." Rasanya hari ini semua dari kalangan anda sudah pun selesai bertakbir di pagi2 raya yang sangat damai. Sayu hati aku bila bertakbir dan bertahmid di surau pagi tadi. Mendengar khutbah tentang pengorbanan yang sepatutnya kita lakukan, menusuk sanubari kecilku. Apa yang nak dikorbankan? Bukan hanya pada seekor lembu atau kambing. Korbankan nafsu untuk kebaikan, korbankan harta untuk sedekah, korbankan fikiran sekular yang terlalu keduniaan untuk akhirat yang kekal.
Hari ini tentu anda sendiri melihat lembu disembelih atau anda sendiri yang memegang lembu


Masa kamu dah tiba wahai lembu.. ^o^

Huhu.. Inilah lembu yang dikorbankan.

Masa untuk melapah daging. Inilah suasana di kampungku ^_^

Inila hasilnya. Tangan sapa tu? 

Indah langit kerana awan, indah laut kerana kebiruan, indah aildilfitri kerana puasa sebulan, indah aidiladha kerana pengorbanan.
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA DARI ELNIEA


Tiada ulasan:
Catat Ulasan