Khamis, Disember 18, 2008

Kem Ibadah & Motivasi 2008

Moga semua perkataan dan niat hanya kerana-Nya..

Jika berjumpa kanak-kanak, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita. Ini kerana kanak-kanak belum banyak melakukan dosa daripada kita.
-Imam al-Ghazali.

Alhamdulillah, selamat sudah program bersama adik-adik di kampung. Program Kem Ibadah & MOtivasi anjuran Rakan Mahasiswa Mukim Kutan(RMK) dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Mukim Kutan(PKMK). Nak sediakan laporan ke? "Hehe.. tak payahlah kot." ^_^

Teruja juga sebab ini kali pertama program seumpama ini diadakan di kampung kami. RMK pun julung kali ditubuhkan. Boleh kata ini adalah langkah pertama RMK untuk terus maju ke hadapan. Untuk menyebarkan ilmu dan kepakaran (insyaAllah, semua yang dipinjamkan oleh Allah) kepada warga kampung sendiri selain berkhidmat di kampus masing-masing.

Sabda Rasulullah s.a.w: "Sesungguhnya orang berilmu (ulama) di bumi umpama bintang-bintang sebagai panduan di kala kegelapan daratan dan lautan." (Riwayat Ahmad).

Alhamdulillah, majoriti adik-adik yang join program ni ramai sudah tahu bersolat, basically and generally, bacaan2 dan perkara yang berkaitan. Seronok tengok kenakalan sorang2. Macam2 kerenah, nama dah kanak-kanak. "Kami anak soleh!!", laung kanak-kanak muslimin, diikuti kanak2 muslimat, "kami anak solehah!!". ^_^

"Ha, tu kakak rabbit comel dah datang..", kata adik Syadiqin. "Amboi2, sedap mulut mengata akak eeh", sampuk kakak yang ditujukan kata2 tu. Nasib baik letak perkataan comel kat belakang, kalau tak, memang nak kena. Hohoho~ \(^o^\)


Peserta muslimin dan fasilitator serta AJK


Peserta muslimat dan fasilitator serta AJK


LDK bersama adik-adik


LDK jugak, kan? Hehe...



LDK bersama adik-adik muslimat.


Amali solat


Masa untuk makan~


Wajah-wajah nakal dan comel~


Menurut Syed Ali Tantawi dalam Mauqifuna Min al-Hadarah al-Gharbiyyah: "Majoriti kaum Muslimin hari ini, disebabkan kecuaian dengan kewajipan agama, mereka berada di belakang umat-umat yang lain. Mereka menjadi hujah bagi musuh-musuh". Moga kita sentiasa dibawah rahmat dan redha Allah.

^_^


Ya Nabi salam alaika ya Rasul salam alaika ya Habib salam alaika ..solawatullahi alaika

2 ulasan:

Unknown berkata...

woah... kakak fasi.. apa ye yg dia ajar budak2 tu yek? aha. cuba bayangkan saya yg duduk dikelilingi bebudak XD rosak anak orang kot

Unknown berkata...

ajar membaca..a,b,c,z.. ngeh3~
1st time jage knk2 ramai2 laks tu.. fening pun ade ^_^