Khamis, November 18, 2010

semoga sakit hapus dosa...selamat hari raya

semoga sakit ini menghapus dosa-dosaku.
sakit yang tidaklah seteruk mereka yang menderita di hospital.
tidaklah seteruk mereka di bumi Palestin.
sakit yang masih lagi sihat.
moga Allah ampunkan dosa-dosaku.

Selamat hari raya adha kepada semua ^_^ Berkorban masa untuk beraya bersama keluarga di kampung walaupun saya belum habis study lagi untuk final exam minggu depan. Oh. Sigh* Haha. Menyesal tak study awal tak berguna, sebab perkataan kalau untuk masa lepas tak perlu untuk diada-ada kan. Sebab ia tak akan berlaku untuk masa depan, melainkan keajaiban. Sigh* haha~ Struggle lebih lah engkau lepas raya ni rosniah. 

Balik untuk jumpa family sebelum menjawab exam adalah salah satu azimat besar buat saya. Kalau tak call mama atau jumpa, rasa macam susah je soalan. Mungkin juga phsyco kata abang saya. Ah pedulik itu semua. Yang penting doa dari mama dan papa. Itu yang penting!

Esok hari kedua raya. Esok ada lagi nyawa lembu akan dikorbankan. Kehkeh~ Satu hari ni berbau lembu. Dari kepala sampai lah ke kaki. Banyak juga daging dibahagikan. Tapi bukanlah saya yang berkorban. Belum masanya. Belum berkemampuan, sedang sekarang belajar pun dengan berhutang wang.

Ok dah tak tau nak tulis apa. Sebab lama sangat tak tulis. Sebab saya bukan jenis blogger yang hari2 mengadap blog. Saya menulis hanya kerana ingin menulis. Itu saja. Jumpa lagi. Bye \(^o^)/
Selamat berkorban ye =)

Daging baru dilapah

Setelah dipotong-potong - shoot guna macro close up hny utk 70cm

Kakak baby namanya - shoot over flash.

Mohon keberkatan di hari raya ini. Allahuakbar! =)

Untuk komen, sila klik pada cebisan kertas yang ditampal dengan paku tekan di bhgn atas. Terima Kasih!