Alhamdulillah. Perkataan itu saja yang keluar dari mulut sahabat-sahabat seusai majlis pada petang Jumaat lepas. Sudah penuh di blog-blog sahabat-sahabat Rakan Mahasiswa Kutan bercerita tentang pengalaman kami selama 1 minggu program bersama adik-adik UPSR 2009 yang bertempat di Sek Keb Kutan. Cuma saya baru hari ini dapat meluangkan sedikit masa menulis. Buah fikiran saya pun mungkin sudah lari sedikit kerana semalam sudah saya luahkan di dalam laporan rasmi persatuan dan di laman blog RMK sendiri.
Program apa yang saya maksudkan? Rakan Mahasiswa Kutan iaitu satu persatuan anak-anak muda Mukim Kutan yang terdiri daripada mahasiswa/wi dari sepelusuk institut pengajian tinggi di dalam mahupun luar negara telah buat kali ke-4 nya menganjurkan program, yang kali ini bersama adik-adik di sekolah. Kelas Intensif UPSR 2oo9 siri 1 ini bertujuan untuk membantu adik-adik dalam pembelajaran mereka sekaligus menghabiskan sisa-sisa cuti mahasiswa/wi dengan perkara yang lebih berfaedah, bukan sekadar duduk 'cokoh' membela lemak di rumah. Lemak saya? LOL!! Tidak pasti bertambah atau berkurang :p
Kata seorang teman, program2 yang dianjurkan RMK ini bertujuan untuk membuka minda dan memberi pengalaman kepada mahasiswa/wi sebagai persediaan berhadapan dengan masyarakat di lain waktu. Mungkin betul juga katanya. Tapi tidak semua orang boleh jadi seperti dia atau presiden RMK sebagai contoh. Boleh bercakap di hadapan orang seperti berceramah dan memimpin berpuluh2 atau beratus orang. Kalau semua orang menjadi pemimpin, siapa yang akan dipimpin? Kalau semua orang nak buat kerja dalam bangunan, siapa yang nak buat bangunan? Kalau semua orang nak jadi cikgu mengajar, siapa nak jadi anak murid? Kalau semua orang nak buat kerja2 teknikal, siapa nak jadi setiausaha atau kerani? Kalau semua orang hanya tahu membuang sampah dalam tong sampah, siapa yang nak kumpul untuk dilupuskan? Saya tahu, mungkin anda fikir saya tidak mengangkat tangan dengan kenyataan teman.. Bukan begitu maksud saya. Kita memang perlu dilatih, memang wajar pun mencari pengalaman kerana kita hidup di dunia pinjaman Allah ini, bukan seorang, tetapi bermasyarakat. Cuma tahap antara manusia itu berbeza-beza. Citarasa juga berbeza-beza. Tahap kecerdikan dan kelajuan juga berbeza. Tidak boleh la kita memaksa orang jika dia betul2 tidak mahu. Mungkin ada sesuatu di fikirannya yang mahu dia lakukan. Jangan pelik kenapa tulisan saya sedikit pelik kali ini. Saya cuma ingin meluahkan 'asam yang terperam' supaya tidak menjadi 'bubur yang masam dan basi'. Hahaha~~ Mengarut je saya nih. Biarlah.
Tapi apa kena dengan tajuk tulisan ini? Setiap kali mesyuarat, bos pasti tekankan, apa yang kami lakukan ini, niatlah kerana Allah. Semua perkara yang kita lakukan selagi tidak menyentuh hukum haramnya, adalah perjuangan di jalan Allah. Seusai program kali ini, masih ada lagi program2 lain yang ingin kami lakukan. Tujuan utama kami, berbakti kepada masyarakat terutama kampung kami sendiri. Tapi bukan setakat ruangan ini, hidup kita ini adalah perjuangan. Julai ini akan saya melangkah ke alam lain pula. Perjuangan menuntut ilmu di alam penuh keduniaan. Jauh sekali saya melihat perkara yang mengingatkan kita kepada Akhirat. Apa yang saya perlu lakukan adalah menguatkan diri, mental dan fizikal, memohon doa supaya Allah menjaga hati, perasaan, nafsu, akhlak dan tingkah laku saya dan teman2 ke jalan yang diredhai Nya. "Tetapkanlah hati2 kami ke jalan yang diredhaiMu, ya Allah. Ameen~~~"
Tamat untuk hari ini ^_^. Penat seketika, saya ada 2 tasks menunggu untuk disiapkan. Interpreting journal - History & Leadership?? Uwaii~~ Taihen desu!!! Harap dapat elaun. Agagagaga~~~ Offline dulu.
p/s: Dapat hadiah birthday 2 lollipop, 1 dari cik Tim - adik saya makan dan satu dari Aufa (Flourences Lollipop) tapi last2 dia sendiri yang makan. Haisshhhhh~~
1 ulasan:
komen dari sahabat2 hilang plak lepas tukar template...haisshh~~ sabar jela..
Catat Ulasan