Isnin, April 13, 2009

Uneasiness AND Happiness

To sit in the shade on a fine day, and look upon verdure is the most
perfect refreshment.

Salam penuh rindu dan sayang pada semua makhluk mcm saya ^_^

Saat saya menulis ni 13 April = 17 Rabiul awal. Saya di kampung sekarang. Jauh dari buku2, jauh dari hostel, jauh dari teman2, jauh dari keserabutan otak, jauh dari perasaan yang gundah gulana, jauh dari segalanya. Ye kah?? :p Tulisan yang saya draft kan dari minggu lepas, terpaksa saya delete dan tulis baru. Sudah lapuk tapi belum basi la lagi.

Sebenarnya saya balik rumah niat nak rehatkan otak saya sebelum saya aktifkan otak saya semula untuk final exam minggu depan. Tapi hari ini saya dikejutkan dengan berita membuatkan hati saya sedih. Dua sahabat saya di hostel ada masalah sesama mereka. Dan masalah itu juga melibatkan saya di sini. Bermain dengan emO, egO dan keinginan diri sendiri membuatkan saya tersepit antara kami. Seorang kawan saudara seagama saya dan seorang lagi Kristian.
Mahu dengan tidak, dengan kegelisahan saya sepanjang hari, saya cerita kan juga pada mama dan adik. Pendengar dan penasihat hidup saya. Pendapat saya sama dengan mama, mungkin kerana agama kami tidak sama. Bukan bermaksud kami tidak boleh berkawan. Bukan bermaksud kita tak boleh bersatu. Tapi dalam cara mengendalikan hati dan perasaan, Islam punya cara tersendiri. Seperti ego dan marah, boleh dilunturkan dengan wudu' dan solat. Boleh diredakan dengan cepat. Itu perbezaan yang saya nampak, bila hari-hari saya bersama mereka. Saya dah cuba buka 1 langkah penyelesaian, tapi apa yang bakal berlaku esok dan esok, saya serahkan pada ketentuan Allah saja. Hanya doa yang saya mampu lakukan sekarang.

------------------------------------------------------------------------------------------------

Kalendar iPod saya menunjukkan saya free minggu ini. Yalah, study week, study lah, apa lagi. Tapi ade 1 assignment, 1 tutorial dan 1 report saya kena siapkan minggu ni. Aishhh!! Tak faham saya. Dah masuk study week pun ada kerja gak. Tapi setakat ni, saya baru buat separuh. Tinggal lagi separuh. Minggu ni jugak ramai kenalan lama saya buzz saya. Rindu pula pada kalian2~ S.K.KUTAN, MMPPP, IMTIAZ & PASUM ~ Rindu sahabat baik saya dari kecil, Asiah, sahabat saya Ema, Anes, Eah dan Qaira. Oh, thanks to Imie for his visit to Wang Ulu. Ahakz~ Jumpa jugak tempat pedalaman tuh. Imie, anda pelawat pertama saya di situ. Terharu betul~~

27-1 April, saya dengan suka rela nya, telah menjadi sukarelawan untuk IMT-GT 11th, Indonesia-Malaysia-Thailand Growth Triangle (klu x silap saya la :p). Saya bertugas bahagian sukan badminton, jadi linesmen and so on. Seronok jugak ^_^. Boleh jumpa atlit2 Universiti2 dari Indon dan Thai. Dan saya tahu ramai terkejut saya terlibat, termasuk dia~. Saya join tak ada sebab. Saya cuma rasa saya mahu join. Sebelum ini, saya tak pernah join sebab saya tak rasa saya perlu dan saya tak ada keinginan pun. Jadi, kepada dia~ dan yang lain, hidup ada putaran. Faham2 sendiri lah ye~~ ^_^

4 April, saya mengikuti lawatan Persatuan Pelajar Kejuruteraan Alam Sekitar ke Rumah Anak Yatim di Kangar Perlis. Dengan hati yang sangsi, sebab pada hari yang sama saya juga perlu hadir ke Entrepreneurship Talk di Dewan Kapitol, saya teruskan juga langkah ke rumah anak yatim. Elok2 je majlis perasmian bermula, tiba2 majlis diserang Datin. Terkejut tapi kelakar pun ada. Ya, kami tahu dia Datin dan saya pun selalu juga jumpa Datin2 lain, tapi tak ada lah sampai 'kerek' macam tu sekali.. Cukup lah kalau setakat nak mengkritik kami student U ni, tapi jangan menghina anak2 yatim yang turut bersama kami hari tu. Bukankah dalam surah ad-Dhuha sudah diterangkan dengan jelas, jangan ditengking dan dihina anak2 yatim. Saya betul2 tak faham dunia orang punya pangkat ni.. Hmmmm~~~ April 9 lawatan ke Loji Air pula, di Sg Baru. Loji air untuk water treatment dan terus distribute ke Langkawi. Lagi tambah seronok dapat tengok mereka treat water hari tu. ^_^

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Uh, dia~ buat saya keliru lagi. Saya kebetulan jumpa dia~ dan beberapa kawan lain masa nak balik kampung. Perlakuannya betul2 buat saya keliru. Tapi akhirnya dia~ akan pastikan bahawa, dia~ hanya menganggap saya sebagai seorang kawan saja. Apakah??? Macam mana hati saya mahu gembira seperti dulu? @_@ Saya mahu diam saja.

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Yang pasti, saya sekarang mahu siapkan semua kerja saya. Kemudian fokus kepada final. Sem ini memenatkan otak. Saya harap saya dapat kekalkan prestasi atau lebih meningkat. Harapan dan doanya begitu. Saya mahu ceria seperti dulu.

kimochi ga: sleepy




IMT-GT



Visit to Loji Water Treatment process


Lawatan ke rumah anak yatim


Ya Nabi salam alaika ya Rasul salam alaika ya Habib salam alaika ..solawatullahi alaika

Tiada ulasan: