Demi Masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
Al-'Asr: 1-3
Moga setiap perkataan dan niat hanya keranaNya.
Diari Islam saya hari menunjukkan tarikh 27 Januari 2009 bersamaan dengan 30 Muharam 1430H. Sudah sebulan saya biarkan laman ini 'berhabuk'. Nasibla ada anda yang datang tolong saya sapu habuk tu sikit. Ahakz~
Wahhaiii~ Masa tak mengizinkan untuk saya menulis. Sangat sibuk, mengalahkan PM. "Yolah hang!!" Ahakz.. Awal2 sem dah busy memanjang, dan saya rasa, kalau saya bincangkan perkara ni dengan classmate, sure diaorang angguk setuju, tak gitu?. Sekarang cuti CNY, gabung sekali dengan cuti mid-sem. Aiyo, lepas ni tak ada cuti dah la. So, sekarang ni, adalah ruang masa untuk saya berbicara. "Kononlah.., ahakz"
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hari kedua saya di kolej, sudah ada program senamrobik dan poco-poco. Ai, NC ni rajin betullah. Ramai sebenarnya tak datang, sebab 1.Malas bangun pagi2 pegi senam, 2.Malas nak pegi program2 macam ni, katanya tak ada faedah pun, 3.Sebab ada yang masih belum sampai kolej (ai, lama tol cutinye.. :p ). Saya rasa ada untungnya saya pergi, sebab dah lama saya tak berpeluh macam hari tu >< . Feel so fresh!!
Hari-hari seterusnya saya harungi dengan kesabaran yang menguji ketabahan hati. Sem ke-2 ini, jam kredit 20, 5 subjects school, 4 labs, 4 reports, 1 thesis. Tak masuk lagi assignment, tutorial, presentation dan yang sewaktu dengannya. Ahakz.. kadang-kadang saya gelak sorang-sorang waktu saya tertekan dengan keadaan. (Jangan fikir lain pulak yek >< ).
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Berhadapan dengan dia setiap hari buat saya rasa semacam. Saya akan gembira kalau dia datang, dan saya akan sedih kalau dia pergi. Perasaan apakah itu? Saya mohon, "tolong jangan buat saya keliru, saya perlukan kesimpulannya. Saya betul2 menabahkan hati sendiri mengharungi hari2, tidak mahu terputus, want that smile with 2 dimples u have, mahu tenteramkan hati juga. Kamu tak mahu ke? Saya ingin kamu gembira". Itu kata2 siapa ek? ><
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Saya menulis hari ini macam menulis diari pulak. "Habis tu, selalunya tulis apa?" Ahakz~ Selalu tulis catatan bukan harian tapi bulanan. :p Bila di kolej nanti, saya mungkin jarang dapat tulis dah. Sebab internet di kolej banyak blok laman2 web. Dan kadang2 Cbox saya tidak berfungsi. Flickr saya juga. Ai, kesian betul. Susah saya nak update kan laman2 peribadi. "Ai, macam sempat je, kata banyak kerja" Ahakz.. yelah2, saya banyak kerja. Kan mengalahkan PM. "Yolah hang!" Ahakz~~
kimochi ga: natural
Tiada ulasan:
Catat Ulasan