Wahai orang2 yang tertipu oleh dunia!
Siang kau tidur dan malas.
Malam pun kau tidur dan hina.
Kau tertipu oleh sesuatu yang fana.
Kau bahagia dalam khayalan.
Persis orang tidur yang tertipu dengan kelazatan.
Akhir kesibukanmu hanyalah kebosanan.
Demikianlah kehidupan haiwan-haiwan.
Beberapa syair karya Mus'ar bin Kaddam ini sering diperdengarkan oleh Umar bin Abdul 'Aziz. Dan aku titipkan di sini buat tatapan sesiapa saja. Kerana ia menjadi 'permbakar' aku waktu cuti-cuti begini. Cuti yang memalaskan diri. Kata teman aku, "Wujud ke perkataan bosan?". Aku tanya kenapa. Katanya, "Aku ingin hapuskan perkataan itu dari hidup aku".
Kesimpulannya, cuti + bosan = cari keje. Kata mama, "Taknak bosan, baca Quran." Waktu lainnya aku isikan dengan menconteng!! kukuku~
Location: Pangkor Island
Al-Mujahid berkata,"Abdullah bin Umar berkata, kepadaku: Di waktu pagi janganlah kau bicara pada dirimu tentang waktu petang hari dan jika waktu petang hari jangan pula bicara pada dirimu tentang waktu pagi. Gunakan hidupmu sebelum matimu! Serta sihatmu sebelum sakitmu. Engkau tidak tahu apa yang menimpa esok!"
\(^o^)/
2 ulasan:
stumbled upon this blog.
btw,wow,subhanallah.syair yang mantap.
manekah sumber eh?mahu kucari lagi.
thanks anyway for the 'stumbled upon this blog' =p
syair2 itukah? banyak terdapat dalam kitab2 imam al-ghazali.. boleh cuba cari klu mahu~
Catat Ulasan