Ahad, Jun 21, 2009

Tentang Kita dan ...

Manusia -
"Amboi, letih-letih aku tanam, senang-senang je ko makan!"

Tuhan -
"Amboi, letih-letih aku tumbuhkan ia, senang-senang je ko amek jual!"

Sepatutnya begitu, tapi kita tahu, bahawa Allah tidak berkata begitu. Kerana kita tahu, Allah Maha Pengasih lagi Maha Pemurah.

Seandainya kalian menghitung nikmat Allah, tentu kalian tidak akan mampu" (An-Nahl: 18)

Jangankan menghitung nikmat, mengkategorikannya saja tidak mungkin sebab nikmat Allah tidak terbatas banyaknya. Jadi, mengapa harus kita bersifat kedekut seperti itu. Tidak ada faedahnya malah akan dipandang hina oleh orang pula. Inilah topik perbualan saya dengan mama sewaktu kami sama-sama membersihkan halaman rumah semalam.


Jika kadang-kadang saya mengadu pada mama, bahawa makanan saya di hostel habis dikebas teman-teman (hak3~~), itulah nasihat mama. Rezeki itu kurniaan Allah. Bersyukur kepada Allah merupakan salah satu ujian dari Allah. Manusia dikurniakan banyak kenikmatan dan diberitahu cara memanfaatkannya. Sebagai balasannya, manusia diharapkan untuk taat kepada Penciptanya.

Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dari setetes air mani yang bercampur. Kami hendak mengujinya dengan beban perintah dan larangan. Karena itu kami jadikan ia mendengar dan melihat. Sesungguhnya kami telah menunjukinya jalan yang lurus: Ada yang bersyukur, namun ada pula yang kafir. (Al-Insan: 2-3)

Menurut ayat tersebut, bersyukur atau tidaknya manusia adalah tanda jelas beriman atau kafirkah dia. Allah menciptakan manusia dalam bentuknya yang sempurna, memiliki pancaindera yang memungkinkan manusia untuk merasakan dunia di sekelilingnya, membimbingnya menuju jalan yang benar melalui Al-Qur'an dan Hadis. Sebaliknya, bersyukur hanya di saat menerima nikmat besar saja tidak akan bererti. Itulah sebabnya orang mukmin tidak pernah lupa untuk bersyukur kepada Allah. Moga kita semua tergolong di kalangan orang beriman, Ameen~

"Mama, orang dah siap. Nak snap gambar sat! Hehe~~" ^_^






p/s: Mama suka tanam BUNGA. Teringinlah ni, nak ikut jejak! :p
^_^

Ya Nabi salam alaika ya Rasul salam alaika ya Habib salam alaika ..solawatullahi alaika

Isnin, Jun 15, 2009

Perjuangan Belum Selesai - Apa Lagi?

Alhamdulillah. Perkataan itu saja yang keluar dari mulut sahabat-sahabat seusai majlis pada petang Jumaat lepas. Sudah penuh di blog-blog sahabat-sahabat Rakan Mahasiswa Kutan bercerita tentang pengalaman kami selama 1 minggu program bersama adik-adik UPSR 2009 yang bertempat di Sek Keb Kutan. Cuma saya baru hari ini dapat meluangkan sedikit masa menulis. Buah fikiran saya pun mungkin sudah lari sedikit kerana semalam sudah saya luahkan di dalam laporan rasmi persatuan dan di laman blog RMK sendiri.


Program apa yang saya maksudkan? Rakan Mahasiswa Kutan iaitu satu persatuan anak-anak muda Mukim Kutan yang terdiri daripada mahasiswa/wi dari sepelusuk institut pengajian tinggi di dalam mahupun luar negara telah buat kali ke-4 nya menganjurkan program, yang kali ini bersama adik-adik di sekolah. Kelas Intensif UPSR 2oo9 siri 1 ini bertujuan untuk membantu adik-adik dalam pembelajaran mereka sekaligus menghabiskan sisa-sisa cuti mahasiswa/wi dengan perkara yang lebih berfaedah, bukan sekadar duduk 'cokoh' membela lemak di rumah. Lemak saya? LOL!! Tidak pasti bertambah atau berkurang :p


Kata seorang teman, program2 yang dianjurkan RMK ini bertujuan untuk membuka minda dan memberi pengalaman kepada mahasiswa/wi sebagai persediaan berhadapan dengan masyarakat di lain waktu. Mungkin betul juga katanya. Tapi tidak semua orang boleh jadi seperti dia atau presiden RMK sebagai contoh. Boleh bercakap di hadapan orang seperti berceramah dan memimpin berpuluh2 atau beratus orang. Kalau semua orang menjadi pemimpin, siapa yang akan dipimpin? Kalau semua orang nak buat kerja dalam bangunan, siapa yang nak buat bangunan? Kalau semua orang nak jadi cikgu mengajar, siapa nak jadi anak murid? Kalau semua orang nak buat kerja2 teknikal, siapa nak jadi setiausaha atau kerani? Kalau semua orang hanya tahu membuang sampah dalam tong sampah, siapa yang nak kumpul untuk dilupuskan? Saya tahu, mungkin anda fikir saya tidak mengangkat tangan dengan kenyataan teman.. Bukan begitu maksud saya. Kita memang perlu dilatih, memang wajar pun mencari pengalaman kerana kita hidup di dunia pinjaman Allah ini, bukan seorang, tetapi bermasyarakat. Cuma tahap antara manusia itu berbeza-beza. Citarasa juga berbeza-beza. Tahap kecerdikan dan kelajuan juga berbeza. Tidak boleh la kita memaksa orang jika dia betul2 tidak mahu. Mungkin ada sesuatu di fikirannya yang mahu dia lakukan. Jangan pelik kenapa tulisan saya sedikit pelik kali ini. Saya cuma ingin meluahkan 'asam yang terperam' supaya tidak menjadi 'bubur yang masam dan basi'. Hahaha~~ Mengarut je saya nih. Biarlah.



Tapi apa kena dengan tajuk tulisan ini? Setiap kali mesyuarat, bos pasti tekankan, apa yang kami lakukan ini, niatlah kerana Allah. Semua perkara yang kita lakukan selagi tidak menyentuh hukum haramnya, adalah perjuangan di jalan Allah. Seusai program kali ini, masih ada lagi program2 lain yang ingin kami lakukan. Tujuan utama kami, berbakti kepada masyarakat terutama kampung kami sendiri. Tapi bukan setakat ruangan ini, hidup kita ini adalah perjuangan. Julai ini akan saya melangkah ke alam lain pula. Perjuangan menuntut ilmu di alam penuh keduniaan. Jauh sekali saya melihat perkara yang mengingatkan kita kepada Akhirat. Apa yang saya perlu lakukan adalah menguatkan diri, mental dan fizikal, memohon doa supaya Allah menjaga hati, perasaan, nafsu, akhlak dan tingkah laku saya dan teman2 ke jalan yang diredhai Nya. "Tetapkanlah hati2 kami ke jalan yang diredhaiMu, ya Allah. Ameen~~~"






Tamat untuk hari ini ^_^. Penat seketika, saya ada 2 tasks menunggu untuk disiapkan. Interpreting journal - History & Leadership?? Uwaii~~ Taihen desu!!! Harap dapat elaun. Agagagaga~~~ Offline dulu.

p/s: Dapat hadiah birthday 2 lollipop, 1 dari cik Tim - adik saya makan dan satu dari Aufa (Flourences Lollipop) tapi last2 dia sendiri yang makan. Haisshhhhh~~

Ya Nabi salam alaika ya Rasul salam alaika ya Habib salam alaika ..solawatullahi alaika

Rabu, Jun 03, 2009

Happy Birthday elniea!!

Do not be in a hurry to succeed. What would you have to live for afterwards?
Better make the horizon your goal; it will always be ahead of you.

1 Jun lepas, tiba jua hari kelahiranku yang ke 2* .. XD Diam2 sudah. Tapi 4hb Jun juga saya menanti ucapan otanjoobi kepadaku. Aik, 1 Jun kan dah lepas, kalau dah lepas tu lepas la.. Tak malu nak lagi, haha~~ By the way, birth date saya ada 2 ok! 1 Jun & 4 Jun. Either one is the DAY! So, korang boleh wish mana2 tarikh. Tapi kenapa? Hmm... Tak apalah, biarlah saya rahsiakan dulu kenapa. Tapi mungkin ada beberapa orang teman rapat saya yang tahu kenapa. XD Dan saya terkejut, sebab dia~ salah seorang orang2 yang wish birthday saya. Terharu pula ;( Saya tak dapat apa-apa hadiah material pun sebenarnya. Tak kisah pun, sebab orang dah wish tu pun bermakna mereka ingat! JUTAAN TERIMA KASIH BUAT ANDA SEMUA YANG MENGUCAPKAN SALAM OTANJOOBI PADA SAYA!! \(^_^\)

Apa yang saya rasa??
And my heart springs anew, bright and confident
and true,
And the old love comes to meet me, in the dawning and the dew.
Yo yo oo je kamu ni Rose XD

2 hari sebelum hari lahirku, saya ke KL untuk jalan2 cari makan angin XD , bersama abang, kakak, kakak ipar dan Syamil yang Comel!! Tau tak? Mungkin anda akan gelak sebab ini kali pertama saya ke zoo!! Hmm.. Agak jauh perjalanan dari Rawang (abang duduk Rawang tapi kerja kat UM - apala duduk jauh2 ..aisshh XD ), kami ke Zoo Negara. Bukan setakat Syamil yang teruja tengok ikan-ikan besar, zirafah, gajah, cipan dan yang sewaktu dengannya, tapi saya yang dah besar panjang ni (dah boleh kawin pun, hahahaha XD) pun turut sama ke'kagum'an. Kemudian kami ke UM singgah solat - rindu sebenarnya bila lalu PASUM dan 11th kolej. Huhu~~ ;( Kemudian pergi makan di MV. Kami meninggalkan kedai Chicken Rice Shop dalam keadaan meja bersepah, semua sebab Syamil yang sepahkan, bukan kami!! XD

Tapi time balik kampung, tiba-tiba saya dijangkiti demam selsema pula. Selsema orang bukan selsema babi. Sekarang pun masih lagi dalam keadaan tidak sihat. Harap dapat sihat secepat mungkin. 6hb-12hb Jun ni, saya dan rakan2 Rakan Mahasiswa Kutan masih ada tanggungjawab lain. Kami dari RMK menganjurkan kelas intensif untuk pelajar2 UP SR Sek Keb Kutan dan satu ceramah motivasi di majlis penutup program nanti. Sebenarnya saya ditugaskan untuk subjek sains, tapi saya langsung tiada keyakinan mahu pun semangat untuk mengajar. Puas saya yakinkan diri, tapi masih tak dapat. Sekarang saya masih lagi mencuba. Huhuhu~~ Ya Allah, kuatkan lah diri daku hamba Mu yang sentiasa lemah ini!! Amin~~

Result final exam keluar pada 1 Jun, hari lahir ku, mungkin juga sebagai hadiah barangkali. Tapi saya check pada 2 Jun, tidak terkejut sebenarnya, kerna sudah saya jangka. Prestasi menurun agak sedikit mendadak. Tapi masih boleh dikawal, harapannya. Ingin ku usaha lagi pada sem hadapan. Sebenarnya saya ingin menulis banyak lagi kerana makin lama tak update, makin banyak perkara bersarang di minda kecilku. Tapi mungkin setakat ini dulu. Jumpa lagi nanti.

Syamil yang sentiasa girang \(^_^)/



Cipan

Blurring of Rose at Zoo (macam rusa masuk kampung XD)



Ya Allah,..Aku ingin berjaya bukan kerana aku ingin takabbur pada Mu..tetapi aku ingin membuktikan kebesaranMu bahawa Kau selalu bersama orang yang berusaha..,bersabar dan betawakal..Ya Allah jika bukan Kau yang memberikan ketabahn pada keluargaku selama ini,kami akan jauh dariMu.Dalam kemiskinan duniawi Kau telah menghidupkan keluarga kami dengan kasih sayang,ketenangan dan keharmonian.Tamaknya aku Ya Allah kerana terus bermohon padaMu supaya Kau kekal memberikan kami nikmat.Aku ingin membahagiakan ibu bapa,guru2, teman2 dan Umat Islam atas kejayaanku...Ya Allah Ya Tuhanku..perkenankanlah doaku.." Ameen cinta dari Pencipta. Allahlah kekasih yang paling memahami. Masakan tidak, Dialah Raja segala cinta kerana Dialah sebenarnya Pencipta cinta.

p/s: Sekarang sudah 4 Jun, sudah ada beberapa orang teman yang wish kali kedua. Good and thanks to u frens~~ ^_^

Ya Nabi salam alaika ya Rasul salam alaika ya Habib salam alaika ..solawatullahi alaika