Sabtu, Ogos 22, 2009

Journey from Rejab to Ramadhan

-->
Hari ini,
"Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia..." [Al-Baqarah 185]
Saya pasti rakan2 Imtiaz sudah lebih dari khatam dan hafal ayat ini kan? Bagus.
Apa khabar semua? Luar biasa bagus tak? atau rasa hebat sekali? Baguslah kalau ada rasa begitu. Kredit to Dr.HM Tuah. Your motivation inspired me.
Bercakap mengenai Ramadhan kan, saya nak borak sikit pasal apa sebenarnya yang kita kena buat dalam bulan ni. Apa yang saya fikir, kalau setakat puasa dan solat saja, bulan lain pun boleh buat kan? Anda rasa? By the way, sekarang saya di kampung, cuti ^^ Ok, saya teruskan.
#1. Berpuasa. Eeh, mestilah kena puasa. Rosniah ni. Kan bulan puasa. Ye, tapi anda rasa ada tak yang tak puasa? Pasti ada kan? (yang kes perempuan, tolak tepi :P ) Sabda Rasulullah, "Setiap amalan anak Adam itu digandakan pahalanya, 1 kebaikan seumpama 10, hingga 700 kali ganda. Bahawa Allah berfirman: Kecuali puasa, sesungguhnya ia adalah untuk Aku dan Akulah yg akan memberi ganjarannya". [HR Muslim]
#2. Ramadhan & membaca al-Quran. Menurut kisah yang saya baca, Imam asy-Syafie akan mengkhatamkan al-Quran sebanyak 60 kali dlm bulan Ramadhan dan beliau membacanya du luar solat. Erk, kita macam mana pula ye? Saya dah punya matlamat utk saya cuba capai. InsyaAllah.

-->
#3. Qiyamullail. Bukan taknak ajak orang, saya sendiri pun susah nak bangun malam. Tapi inilah jihad #2 slps jihad #1 iaitu puasa di siang hari. Sapa yang dapat buat dua2 ni dengan sabar, maka ganjarannya amat lah besar. Jom kita cuba kuatkan diri.
#4. Bersedekah. Sabda Rasulullah: "Takutlah api neraka walaupun dengan (bersedekah) sebelah tamar". [HR Bukhari]. Maksudnya apa? Maksudnya sedekahlah ikut kemampuan kita walaupun terlalu sedikit, sebab Rasulullah sangat suka orang yg bersedekah dan ganjarannya juga berlipat kali ganda. Nak ke taknak? Mestilah nak kan. Sapa taknak pahala. Tapi sedekah bukan sekadar memberi duit, tapi blh juga dgn cara memberi makan, atau bagi org mknn utk buka puasa.
#5. Menjaga lidah, mengurangkan kata dan menjauhi sifat dusta. Susah ni, memang susah bagi orang yang mulutnya mmg begitu. Tapi cuba lah. Kata usaha tangga kejayaan, bkn stakat belajar saja. Nak jauhkan diri dari mengata orang pun kena usaha. Sama2 lah kita cuba ye, kawan2, teman2, sahabat2, adik2, kakak2, abang2 ye.
Lagi apa ye? Lagi boleh doa, zikir dan istighfar. Jadi, amacam? Bukan setakat puasa dan solat saja kan. Jomlah kita sama2 lakukan. Saya seorang diri pun tak kuat. Kena buat sama2, baru syok. Kan? Sama2lah kita doa, supaya diberi kekuatan dan hidayah semoga Ramadhan kita kali ini lebih baik dari yang lepas. ^^

--> -->
Semalam,
Kan tajuk saya "journey from Rejab to Ramadhan" kan. Tapi saya cakap pasal Ramadhan je. Jom kita reverse balik cerita journey saya. Hehehe ^^
Ok. Awal sem biasalah. Kelam kabut sikit. Macam pening, macam excited, macam malas, macam x suka. Eeh, jangan begitu. Tapi hakikatnya begitu. Apa2 jelah. Jadual kelas asyik bertukar masa dan subjek pun makin susah. Nasibla badan. Pulak punya la banyak presentation. Setiap minggu. Dah jadi macam student ajar lecturer plak.

-->
Tengah2 sibuk dengan kuliyah, saya alhamdulillah berkesempatan untuk ke gathering - Reunion Imtiaz SPM batch 2005 di Gombak (rumah Raihanah). Seorang diri saya ke sana kerna ke'degil'an e'ah utk join sama. Aii~ Seronok sebenarnya. Hampir 5 tahun tidak ketemu. Rindu pada teman2. Sesi paling best, tazkirah dari setiap teman yang hadir. Paling tak tahan, saya mengarut. Saya klu spontan, mmg x boleh belah. Saya hentam je, paling kurang ada la jugak peringatan. Apa yg saya ckp? Haha~ Mestilah pasal apa yg saya belajar. Jaga alam sekitar la kawan. Kawan2 lain sume cakap psl jaga al-Quran yg kami 'pegang' sbgi 'petunjuk' hidup dan jaga tingkah laku. BAGUS! TAHNIAH SEMUA. ANTUM/ANTUNNA SEMUA TEMAN2 YANG HEBAT. Paling best dan sampai saya terlopong ternganga, bila dengar tazkirah dari Shafiq. Betul2 meransang otakku supaya berfikir dan berfikir. TERIMA KASIH SEMUA! ^^

Selesai program saya pulang ke Rawang. Jumpa Syamil. Syamil yang comel. Rindu nya!!

[Gambar reunion ehsan drpd Nabilah]

-->
3 hari bercuti sempena Isra' Mi'raj, 2 hari saya ber'kampung' di library. Saja mencari pasal di sana :p dan sempat juga saya ke alor star dengan Anis dan Shamila. Cuma sekejap. Dan kami pegi makan bolognaise. My favorite! Time kasih Anis tolong bawak. ^^

A photo has been removed due to P&C. Sorry guys :)

-->
Uh? Ada lagi la. Banyak lagi nak cerita. Tapi entry ni dah terlalu panjang. Hek, apa kata kita sambung ke lain episod. Yok! Sampi ketemu. \(^_^)/


Untuk komen, sila klik pada cebisan kertas yang ditampal dengan paku tekan di bhgn atas. Terima Kasih!

Tiada ulasan: