Ahad, Mac 15, 2009

Tak Baik Double Standard...

Salam perjuangan, moga setiap perkataan dan niat hanya keranaNya.

Alhamdulillah, tamat juga program setakat hari ini. Letih dan penat tak terkata. Hari ini 23 Rabiul awal 1430H, bersamaan 20 mac 2009. Habis program, tidur sahaja kerja saya, penat seyh.. huhu~

Pada 12 & 13 Mac, a week ago, saya mengikuti rombongan lawatan ke Taiping dan Penang. Lawatan wajib untuk field visit subjek school, Solid and Hazardous Waste Management. Petang Khamis sampai di Taiping, tujuan asal nak ke Safari Night tapi tak kesampaian kerana hujan lebat menyebabkan kami terpesong ke Taiping Sentral sahaja.

Jumaat pagi ke incinerator Faber Medi-Serve Sdn Bhd. Kami dibentangkan dengan user training on Clinical Waste Management. "Creating next generation environments for wellness".. Ditunjukkan macam mana clinical waste di-dispose-kan, termasuklah, the parts of human body, yang terpotong atau terputus, huhu.. Itu pengalaman.. ahakz~ Jumaat petang pula ke landfill di Pulau Burung, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. Sesi ceramah untuk Solid Waste Management sangat 'best'. Anda boleh bayang sendiri hygiene di sanitary landfill macam mana..ahakz~
---------------------------------------------------------------------------------------
(x dpt upload gambar, internet wang ulu sangat ulu..huhu~~ next time i'll upload the trip pics~)

Pagi sabtu 14 Mac, saya ke Sek. Keb Panggau pula untuk program Khatan Perdana - Tok Mudim oh Tok Mudim, seliaan Nasrul, sahabat saya (Allah, tabahkanlah dia). Diberi tanggungjawab oleh sahabat saya, untuk menguruskan bahagian cenderahati, saya tabahkan hati juga ke sana. Layanan yang agak mengguris hati oleh beberapa orang crew hari itu, even saya sendiri crew tapi dilayan acuh tak acuh, membuatkan saya tawar hati untuk menyertai program sedemikian bersama mereka. Mujurlah ada, most of crews hari tu tak berfikiran seperti mereka. Agaknya macam tula bila seseorang punya pangkat yang lebih tinggi. Kita hanya beza rupa, tapi hakikatnya kita sama sahaja. Tak terhindar salah padaNya.

Bertaqwalah kamu kpd Allah di mana pun kamu berada, iringilah kesalahanmu dengan kebaikan nescaya ia dapat menghapuskannya dan pergauilah semua manusia dengan budi pekerti yang baik.

HR Tirmidzi.

Apapun program tersebut termasuk lawatan itu, still give me nothing much but lesson and experience of how people treat people surround. Euphoria?? I wish for that to come back. Allah, tabahkanlah!!

kimochi ga: exhausted



Ya Nabi salam alaika ya Rasul salam alaika ya Habib salam alaika ..solawatullahi alaika

Tiada ulasan: