Rabu, Jun 18, 2008

Once upon a June

Rasulullah SAW bersabda:

Dalam sabar terhadap sesuatu yang kamu benci terdapat banyak kebaikan



Ah, surat itu datang lagi. Surat yang memeningkan jiwa ragaku. Yang bakal menyusahkan aku dengan pelbagai proses sebelum aku dapat berasa lega. PLKN bagi aku hanya sesuai untuk lelaki. Thailand hanya memilih lelaki untuk latihan ketenteraan seperti PLKN itu. Bahkan Korea yang bukan negara Islam hanya memilih lelaki untuk latihan sebegitu. Mengapa tidak Malaysia? Mengapa perempuan seperti aku ini yang dipilihnya? Memilih secara rawak adalah tidak adil. Mengapa tidak mengambil semua yang seumur denganku? Banyak mana pun soalan aku, aku tau tak siapa yang akan menjawabnya.


2, 3 hari dalam minggu ini juga, perlbagai hal yang membuatkan otakku ligat berpusing, perutku memulas tension. Masalah pendaftaran subjek, membantu kohai ku mencari info untuk debate bahasa arab, dan bla,bla,bla... boleh kene NMH aku macam ni. Tau apa NMH? It's stand for neurally mediated hypotension. Istilah untuk mereka yang mengalami tekanan darah rendah. Aku bukanlah pelajar medical, tp ilmu itu luas. Aku perlu tahu itu.


Allah SWT berfirman:

Ketika Allah suka kepada seorang hamba, Dia mengujinya. Jika dia sabar, Dia hindarkan. Jika dia rela, Dia memilihnya.



Betul, mengeluh bukan penyudah masalah. Apa sudah aku terlupa? Kita dijadikan sebagai khalifah dunia. Yang perlu aku lakukan ialah menghadapinya. Bukan aku berputus asa, sekadar ingin meluah secebis rasa.

Mahmud al-Bahili mengatakan:
Ingat, dunia itu fitnah bagi seseorang.
Tiap saat dia pergi dan datang.
Jika pergi sabarlah dan jika datang bersyukurlah.

p(^o^)q

Ya Nabi salam alaika ya Rasul salam alaika ya Habib salam alaika ..solawatullahi alaika

1 ulasan:

Ahmad Humaedy berkata...

saye ingin bersilaturrahmi dengan awak...lewat blog ini.. saye ucapkan selamat hari raye mohon maaf zahir dan bathin