Selasa, Mei 07, 2013

Tribute untuk Tuan Guru. We Love Tok Guru.

DATO' BENTARA SETIA NIK ABDUL AZIZ NIK MAT

Hari ini dalam sejarah. Itu yg boleh saya kata.
Namanya: Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Ini bukan berita baru, tapi saya ingatkan kembali.
Beliau adalah yang ke-42 dari 500 Muslim paling berpengaruh di dunia. 
Maaf, DS Najib is not in the list.

Today, 06052013 is his last day as a chief minister of Kelantan state.

Pemikiran dan ijtihad politik beliau ternyata memberi kesan yang besar kepada masyarakat berbilang kaum dan agama Malaysia.
Rakyat Kelantan terhutang budi dengan kepimpinannya.
Pada tahun 2009, dianggap sebagai antara 50 pemimpin dunia Islam paling berpengaruh.
Dunia mengiktiraf beliau. Malaysia?

TGNA adalah insan pertama sebagai pemimpin yang mengadakan urustadbir kewangan Islamik.
TGNA adalah pemimpin pertama bebas segala aktiviti salah laku dan urustadbir paling baik walaupun dana disekat.
TGNA sanggup tidak ambil elauan gaji utk bayar hutang rakyat Kelantan yang dibuat oleh pemimpin parti Timbang Kilo. 
Dialah Ulama', pemimpin, murrabi, guru, pentadbir, pemikir mantik paling halus dalam dunia, sahabat dan pendoa di tengah malam di kala bumi Malaysia panas dengan maksiat dan rejaman fitnah media.
Halalkan ilmu yang pernah saya dengar, terima sama ada sengaja atau tidak sengaja.


Saya sebak dan menitiskan air mata saat beliau mengisytiharkan pengunduran beliau sebagai menteri besar Kelantan.
Syukran jazilan tuan guru atas jasamu.
Semoga Allah redha.
Semoga Allah redha.

  Terima Kasih! atas kesudian meluangkan masa membaca coretan saya. Jika tiada input menarik, moga ia menjadi hiburan sebuah coretan hidup \(^o^)/